Hi everyone, cherish every moment and don't forget to follow my blog, i will follow back ^^

Friday 8 September 2017

Dah berusaha tapi tetap tak dapat apa yang diimpikan?

Hello helo...
Apa khabar? Semoga semuanya sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki hendaknya.. Amin.

Well, kenapa kita sering gagal mendapat apa yang kita inginkan?
Kita dah sehabis daya dah berusaha hingga ke titisan peluh yang terakhir (betulkah ayat ni?? tak berapa sure la. kalau salah tolong betulkan..) untuk dapatkan apa yang kita ingini tapi still kita akan kecewa dengan keputusannya. 
Why this happen guys??

Untuk pengetahuan saya juga pernah kecewa sebab apa yang saya betul-betul ingini tak dapat diperolehi..

First saya rasa kecewa betul masa dapat tau result SPM. Rasa dah berusaha yang terbaik tapi still target tidak tercapai...
After that, saya nak sambung matrik pun tak dapat sebabnya lambat dapat maklumat (masa tu salah sendiri sebab tak rajin buka emel) Tawaran matrik yang saya dapat tu dah sebulan lebih baru tau.. Tu pun sebab nak check emel untuk panggilan Spa8 baru nampak emel tu. Frust sangat waktu dapat tau tawaran tu, maybe ada hikmahnya juga tak pergikan.. Lepas tu iv Spa8 tiga2 gagal.. Sedih tauu, parent dah berharap sangat dapat Spa8 tapi tak lulus2..
Hmm, takpa bukan rezeki nak jadi nurse kot. Haha..

Actually banyak lagi hal-hal dan perkara yang mengecewakan tapi tidaklah terus patah semangat atau bersedih berminggu-minggu.. Tiada gunanya pun. Lagipun bukan semua yang kita ingini akan kita perolehi.. Kalau memang tu rezeki kita dapatlah, kalau bukan maka ada rezeki yang lain menanti.

Okeyy, saya sertakan tips yang boleh diamalkan untuk dapat apa yang diingini..
 *tips ni kalau rasa berguna aplikasikanlah, kalau tak ambil sebagai panduan bersama.

Tipsnya;

1.) Pastikan apa yang kita mahu itu memang penting/berharga utk dilakukan. Maksudnya memberi kebaikan pada diri kita dan juga sekitar kita. Kalau tak baik fikir semula, kalau nak teruskan boleh tapi don't make it's ur priority.

2.) Bila dah yakin nak teruskan juga. Buat sehabis baik.. Jangan alang-alang. Ingatlah rugi itu masa kau baa kalau separuh jalan buat then berhenti. Baik takpayah buat awal-awal kn..

3.) Kalau jatuh bangkit semula. Jangan jatuh terus tidak bangun2. Lihatlah contoh individu yang telah berjaya, cuba tanya mereka kalau  kejayaan yang mereka perolehi hari ni tidak disertai kegagalan. Ada juga tu dorang gagal. Dan kuatkan semangat, cuba lagi kalau gagal. Jangan berhenti. Berhenti bila anda rasa hal itu memudaratkan diri anda..

4.) Rajin-rajinla baca kata-kata motivasi.. Ini untuk dorongan dalaman kamu supaya tu semangat bertambah.

5.) Lastly, serahkan semua yang kita ingini kepadaNya. Berdoalah selalu. Melalui doa kita dikuatkan, melalui doa juga kita memperolehi apa yang kita ingin. Yakinlah pada kuasaNya.. 'Mintalah maka kamu akan diberi, ketuklah maka pintu akan dibukakan..'

Cr to facebook

Panjang lebar entri kali ni. Semoga bermanfaat la yaa..
See you when i see you. Byee

**hari Isnin minggu depan start kuliah sudah.. mood cuti lg sekarang, belum sedia mw buat assgmnt. hmm student life bersabarlah saja

No comments:

Post a Comment