Hi everyone, cherish every moment and don't forget to follow my blog, i will follow back ^^

Wednesday 30 May 2018

Pendengar Setia

Hello helo..

As for today story, i will talk about one of my experience based on the title Pendengar Setia.. One of memories that still i remember until today is when i'm 18 years old. Waktu tu saya student form 6. 

I got letter from SPA8 that says I akan ditemuduga/iv to be Jururawat. I feel very excited plus little nervous because it will be my first experience to be interviewed. 

And..

When the day is coming, my mom temankan saya. Thanks because she with me i feel a bit calm. My mom waited me till my turn. But because i kurang persiapan, i mess the iv. I feel so sad because i really want to be a Jururawat. 

I told my mom that i messed it. I cry because i know that i will fail. But my mom calmly smile and said 'just pray, lagipun ini pertama kali kau kena iv..so anything can happen but trust urself'. When i heard that, i feel terharu because my mom know inside me.

Unlucky, i didn't pass the iv so here i am at UPSI studying to be a teacher. And deep inside my mind think, maybe this is God way to me. Hopefully i can graduate on time and be a multitalented teacher. 

Thank to my supportive mom n dad.. *miss nak luahkan isi hati i kat my mom.. tak sabar nak cuti




*tiada kaitan dengan story i, but she's my good listener too ^^

Thats, all for today..

Tuesday 29 May 2018

Cerpen 'Berikan peluang'

Hello, helo.. 

This is my first short story that was completed. 
Enjoy it and thanks for reading~


Anne merenung emel yang baru diterimanya. Tadinya dia menjerit-jerit kegembiraan tetapi apabila melihat isi kandungan emel tersebut senyumnya lenyap. “Dukacita anda tidak berjaya..,” sepotong ayat tersebut menyebabkan muka Anne berubah. Tidak sedar air matanya mengalir. Sudah beberapa kali dia menghadiri temuduga namun semuanya gagal. Anne merasa ditipu. Dia teringat semula ketika temuduga tersebut, penemuduga seperti memberi harapan yang dia akan diterima bekerja di syarikat tersebut. Namun keputusannya sama dengan temuduga terdahulu. Dimana silapnya pun Anne tidak tahu.

Lamunan Anne terhenti dengan suara emaknya memanggil dia untuk turun makan. “Kejap mak,” sahut Anne dalam biliknya. Dilap air matanya. Anne melihat mukanya di cermin. Bagaimana aku nak bagitau mak dan ayah tentang perkara ini bisiknya dalam hati. Mulut dan hati berkeras mengatakan tak perlu bagitau mereka. Tapi kalau bukan sekarang, nanti-nanti akan ditanya juga. Anne bangun dari kerusi. Kakinya layu melangkah ke dapur. Dilihat semua keluarganya ayah, emak, kak long dan 3 orang adiknya sudah pun duduk menghadap makanan yang terhidang di meja makan. “Lambatnya kak ngah turun,” kata adik bongsunya, Joy. Anne buat dengar tak dengar dan bergerak laju dekat kak longnya.

Ayah dan emak berbual tentang harga sawit yang makin turun. Manakala kak long dan adik-adiknya sedang asyik mengunyah makanan. Anne pula hanya melihat sambil menguis-guis nasi. Seperti menunggu nasi tersebut terbang ke mulutnya. Sedang asyik menghayal, emaknya menegur Anne “Kenapa tak makan nasi tu,”sambil menyendok lauk ayam kicap untuk Anne.“Tak seleralah mak,” jawab Anne ringkas. “Makanlah sikit,” kata emak. Anne melihat ayam masak kicap di pinggannya. Nampak sedap pula. Anne pun makan juga akhirnya.

Selesai saja makan, emaknya mengingatkan 3 orang adiknya menyusun buku mengikut jadual sekolah. Kak long dan Anne pula membersihkan meja makan dan mencuci pinggan mangkuk yang digunakan. “Kak long, tadi saya dapat emel pasal temuduga hari tu”, kata Anne perlahan. “Jadi?”, Kak long melihat Anne. “Gagal lagi,” jawab Anne sedih. “Takpelah bukan rezeki Anne. Nanti cuba lagi”, balas Kak long sambil tangannya sibuk membilas pinggan. “Dah bagitau emak dengan ayah tak?” tanya Kak long. “Nantilah,” jawab Anne ringkas. Kak long hanya diam, dia tahu perasaan adiknya. Rasa kasihan juga dengan adiknya yang seorang ini. Bukan sekali dua adiknya menghadiri temuduga, berpuluh kali dah tetapi hasilnya tetap sama. Adiknya bukanlah tak kerja, tetapi dia nak bekerja dalam bidang yang diminatinya.

Malam itu, Anne tak dapat melelapkan matanya. Otaknya ligat memikirkan pelbagai perkara. Apa gunanya belajar tinggi-tinggi kalau kerja yang diingini pun tak dapat. Apa nilainya ijazah kalau disimpan dan tidak digunakan dalam bidang pekerjaan yang sepatutnya. Terkadang menyesal juga Anne kerana menyambung pelajaran. Teringat pinjaman PTPTN yang perlu dilangsaikan. Teringat bagaimana emak dan ayahnya berusaha menyediakan wang untuknya ketika dia belajar dahulu. Ingatkan dah habis belajar, dapatlah dia kerja dalam bidang yang diimpikannya dan memberi emak dan ayahnya duit belanja. Namun sehingga kini, duit gajinya hanya cukup membayar pinjaman. Gaji pertamanya sebagai cashier diberikan kepada emak dan ayahnya, tetapi selepas itu emak dan ayahnya menyuruh dia untuk menyimpan baki gajinya. Mereka tahu, Anne perlu membayar pinjamannya setiap bulan. Anne berasa gagal sebagai seorang anak. Apa tidaknya, rakan emaknya kadang-kadang dibawa melawat ke tempat menarik oleh anak mereka tetapi dia belum pernah membawa emak dan ayahnya berjalan-jalan. Selain itu, dia tidak dapat membeli barang kesukaan emak dan ayahnya. Setelah mengelamun berjam-jam, tepat jam 2 pagi Anne terlelap.  

Bunyi penggera dari Destiny’s Child, Survivor membangkitkan Anne dari lenanya. Walaupun masih mengantuk kerana tidur lewat, Anne perlu bersiap untuk ke tempat kerjanya. Kedai One Stop tempat kerjanya dibuka jam 8 pagi. Tetapi dia perlu datang seawal jam 7.30 lagi. Selesai sarapan, Anne menyalami emaknya yang sibuk menguruskan adik-adiknya. Ayah mungkin belum bangun lagi bisik hatinya. “Mak saya jalan dulu,” kata Anne kepada emaknya. “Hati-hati memandu,” pesan emak kepada Anne. “Baiklah mak,” sahut Anne. Tidak lama itu, kedengaran bunyi motosikal bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Anne menggunakan motosikal yang dibelinya dua tahun yang lalu ke tempat kerjanya yang mengambil masa sekitar 15 minit.

Anne melihat baru dia seorang yang sampai. Dia duduk di bangku luar menunggu bosnya datang. Anne membuka telefonnya, ada emel masuk. Dia membaca emel tersebut. Ada temuduga untuk jawatan akauntan. Anne merenung panjang emel tersebut. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Anne menoleh dan melihat rakan kerjanya Mia tersenyum kepadanya. “Mengelamun nampak,” tanya Mia. “Sikitlah,” balas Anne. Mia tergelak kecil mendengar jawapan ringkas Anne. Mereka pun berbual-bual sementera menunggu bos mereka sampai. Tidak lama itu, Jess, John dan Kenny pun sampai. Jam 7.40 pagi baru bos mereka sampai. Lewat 10 minit Amir hari ini. Selalunya 7.30 pagi ada sudah. Terlambat bangun kali bisik hati Anne.

Amir membuka pintu kedai dan menutup semula untuk proses mempersiapkan kedai. Jess, John dan Kenny membersihkan kawasan mereka. Anne dan Mia di kaunter pembayaran mengira wang yang diberikan Amir. Selesai mengira dan memastikan wang yang diberikan cukup, Anne dan Mia membuka kaunter. Kenny dan John mula membuka pintu kedai. Suasana hari Isnin tidaklah sibuk seperti hujung minggu. Hanya sedikit pelanggan keluar masuk kedai. Selain itu, berbanding hari Sabtu dan Ahad, Isnin hingga Jumaat tidaklah terlalu memenatkan bagi Anne.

Jam menunjukkan tepat jam 8.00 malam. Tanpa disedari waktu untuk menutup kedai telah tiba. Selesai mengemas, menutup kaunter dan mengunci kedai, Anne dan rakan sekerja bergerak bersama-sama sehingga di kawasan luar kedai. Selepas itu, Anne dan Mia bergerak ke tempat letak motosikal. Mia pun menggunakan motosikal ke tempat kerja. Selalunya mereka akan balik bersama-sama. Tidak jugalah Anne takut balik waktu malam kerana adanya Mia. Nasiblah rumah mereka berdekatan sahaja.

Sampai dirumah Anne berehat sebentar di ruang tamu sambil menengok televisyen bersama ayahnya. “Ayah, temuduga haritu gagal lagi,”Anne memberitahu ayahnya tentang emel yang diperolehnya kelmarin. “Patutlah, murung ja kamu kelmarin,” tambah ayah lagi, “Takpelah, Anne belum rezeki. Cuba lagi nanti,” sambil melihat Anne yang sedang melihat telefonnya. “Tadi pagi saya dapat emel untuk temuduga akauntan lagi ayah,” kata Anne menunjukkan emel tersebut kepada ayahnya. “Pergilah, mungkin kali ni ada rezeki kamu,” balas ayah sambil membaca emel tersebut. “Tengoklah dulu,” kata Anne. “Cuba saja. Ayah tahu Anne rasa kecewa dengan temuduga terdahulu. Tapi kalau Anne betul-betul inginkan kerja tersebut pasti akan dapat juga,” ayah menyakinkan Anne. Anne berfikir lama. “Baiklah, ayah. Doakan supaya kali ini saya berhasil,” kata Anne. “Amin.”sahut ayah.Setelah penatnya hilang, Anne bergerak ke bilik.

Sesudah mandi, Anne melihat emel yang diterimanya pagi tadi. Hati kecilnya berbisik yang dia akan pastikan temuduga kali ini berjaya. Malam itu, Anne berdoa dengan panjang sekali. “Ya Tuhan, bantulah aku kali ini agar temuduga tersebut berjalan dengan lancar dan adanya berita gembira untuk aku. Aku yakin Engkau sentiasa mendengarkan doa umat-Mu. Bantu aku untuk mempersiapkan diriku. Dan untuk penemuduga tersebut Engkau lembutkan hati mereka untuk melihat kesungguhan aku..,Amin.”, airmata Anne mengalir. Dia berharap semoga temuduga yang akan mendatang itu membuahkan kegembiraan buat dirinya yang semakin kehilangan semangat untuk berharap bagi kerjaya yang diimpikan.



Sunday 27 May 2018

Kdrama Recommend : Lawless Lawyer

Hello helo..

Long time no update. Rindu pula nak coret-coret dekat blog ni. hmm..

Minggu hectic dah berlalu, exams is coming (tak sabar nak mula exams sebab nak balik kampung). Btw, nak rewardkan self dengan kdrama before start ulangkaji (actually istilah lebih tepat 'membuang masa' hihi)

And i will recommend this 'Lawless Lawyer'  kdrama (ongoing) to those yang minat tengok action + law, plus the main actor Lee Jong gi is one of my fav actor ^^

To those yang ada masa free bolehlah tengok drama ni kat dramahood or dramacool. But for faster eng sub i totally like to use dramacool web.

Thats all for today.
Byee




* setakat eps 4 i think this kdrama good






Tuesday 8 May 2018

MAKAN LUAR : CAPECAFE TANJONG MALIM

Heloo ^^

Tadi petang saya dan housemate sekalian makan kat luar (malas nak masak ^^). Kedai ni memang femos kat Tanjong Malim dan paling utama semua harga makanan n minuman adalah RM1.70 shja. Kira murahlah bagi student macam i.

Sebabkan lapar sangat saya pesan 8 semuanya iaitu 1 air (lupa nama), 1 dessert (sagu gula melaka), 2 kepak ayam, 1 soto, 1 keuw tiew tomyam n nasi putih ayam rendang n lagi satu nasi putih ayam ... (lupa pula ayam apa ). Harga semuanya RM13.6.. i think berbaloilah dengan harganya.

My fav:
-keuw tiew tomyam



self reward ^^

happy tummy :)

Thats all.
Bye ^^

Monday 7 May 2018

Selamat Mengundi




Hello helo.

Kembali semula menulis blog setelah beberapa minggu menghilang (btw minggu lalu sangat hectic so masa nak menulis blog ditunda @ tak dapat disebabkan menyiapkan assignment last minute)

Tiba-tiba muncul? Tugasan dah siap ke? Belum lagi (huhhu) tapi disebabkan minggu ni cuti mengundi so class pun ditunda @ cancel juga. Jadinya adalah masa nak berblog semula.

Sebenarnya saya nak ucapkan selamat mengundi  untuk yang akan mengundi esok dan esoknya lagi. Pilihan di tangan kita. Kalau rasa suka parti A memerintah maka pangkahlah di A, kalau suka parti B memerintah maka pilihlah B. Chewah, patriotik sangat pula hari ni (actually saya jealous)

Apapun, pilihlah yang terbaik. Undi anda amat bernilai. Pilihlah pemimpin yang bukan saja mampu memajukan negara tapi paling penting membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Semoga masa mengundi esok berjalan dengan baik ^^


*lega ada sudah assignment yang dihantar, but still have more to do
*selama masa mengundi ni saya akan aktif berblog semula ^^

Thats all.
Babai