Hello semuanya.
Syukur atas kuasa-Nya sis masih diberikan nafas untuk menjalani kehidupan di dunia ini.
Sejak akhir-akhir ni selalu sis dengar khabar yang kurang baik. Baru-baru ini sis dapat tahu saudara sis telah meninggal dunia. Sis memang tak kenal apalagi bertemu dengan arwah semasa hayatnya. Tapi rasa sedih itu tetap terasa. Dahlah sis jauh merantau kat negeri orang, tak dapat sis datang melawat keluarga arwah tersebut. Sedihnyaa. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN...
Tahun lalu pula, aunty sis meninggal. Sis tak sangka tau.. Sebabnya tiada tanda-tanda arwah akan terlebih dahulu meninggalkan dunia ni.. Iya jujur sis katakan sis sangat terkejut dan hanya doa mampu sis berikan untuk arwah semoga tenteram disana.
Cr : Google
Sis terbayang jika diri sis pula yang mati. Apalah yang akan jadi dengan sis nanti. *Minta dijauhkan tapi kalau dah takdir tak boleh juga nak tolakkan.. Hmm, cukupkah persediaan sis untuk menghadapi dunia yang satu lagi? Pertanyaan ini sering singgah di minda sis. Kenapa? Sebabnya sis belum bersedia menghadapi kematian. Takut dan pelbagai lagi perasaan yang tak dapat sis ungkapkan. Lagipula, persediaan sis belum lengkap lagi. Sis berharap semoga kita semua dapat menjalani kehidupan menurut ajaran agama masing-masing. Yang sudah semestinya menuntut kita mengamalkan kebaikan sahaja. Semoga dengan amalan kita itu dapatlah kita merasai syurga yang didambakan itu.
Cr : Google
Cr : Google
Akhir kata dari sis latih diri kita untuk sering melihat kebaikan yang dilakukan oleh kengkawan terutama keluarga kita. Contohilah perbuatan yang bermanfaat dan tegurlah mereka yang tersasar dari jalan.
This is peringatan untuk diri sis yang sering mengabaikan dan jarang mengambil peduli kehidupan sekitar sis supaya tidak melupakan mereka yang memerlukan saat dalam kesusahan dan segera membantu dengan ikhlas hati.
Byee and see u soon.
Thankyou for reading....
No comments:
Post a Comment