Hi everyone, cherish every moment and don't forget to follow my blog, i will follow back ^^

Saturday, 2 June 2018

Teknik Pengajaran KOMSAS (Sajak) - Mestamu

Hello, helo..

Hari ini saya nak kongsikan salah satu teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk mengajar KOMSAS Bahasa Melayu (Sajak) iaitu :


Teknik Mestamu

  • Singkatan bagi Melagukan Sajak Tanpa Muzik 
  • Bertujuan menarik minat murid terhadap irama dan lagu serta karya-karya sastera
  • Sajak yang dipilih (dalam buku KOMSAS) dinyanyikan mengikut alunan melodi lagu tanpa muzik (Contoh lagu yang boleh digunakan ialah 'Ayah dan Ibu' oleh Seniman Sudirman)
  • Melodi dan irama lagu (selain contoh di atas) adalah bebas dan dibenarkan mengikut rentak lagu popular yang sesuai.


Sebenarnya banyak lagi teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) atau pengajaran dan pemudah cara (PdPc).Jika teknik pengajaran ini berjalan lancar, proses pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan murid akan lebih bersemangat untuk terlibat sama dalam sesi pembelajaran.

Semoga bermanfaat.


Sekian dari saya. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment