Hi everyone, cherish every moment and don't forget to follow my blog, i will follow back ^^

Friday, 6 July 2018

quote of the days #5

Helo hello. 

Kata-kata hari ini ialah,

Gagal bukan bererti kita jatuh selamanya. Cuba dan cuba lagi pasti hasilnya akan kelihatan. Tetapi jangan terlalu memaksa diri, belajar juga untuk pasrah, berhenti dan memulai yang baru/lain. Bila kita berhenti berusaha bukan bermakna kita mengalah tetapi kita belajar untuk memberi peluang diri kita kepada sesuatu yang baru/lain.

Bagi saya, kata-kata ini mengingatkan saya untuk tak mudah putus asa. Apabila gagal mendapatkan hasil yang terbaik untuk apa-apa yang diri ini ingini saya perlu cuba dan cuba lagi kerana sesuatu kejayaan dicapai dari usaha yang berterusan. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. 

Dan kata-kata ini juga mengajar saya untuk pasrah dalam sesuatu perkara yang tak mungkin tercapai oleh diri ini. Jika saya dah buat sehabis yang boleh tetapi masih juga gagal saya perlu belajar pasrah dan memulai yang baru. Bak kata pepatah english turn to new leaf (tak tahu adakah atau tiada pepatah ini)

Akhir kata dari saya semoga kata-kata ini dapat memberi manfaat ataupun teladan kepada sesama kita.

Bye..
Itu saja untuk hari ini.
Dan jumpa lagi di entri yang akan datang. 


No comments:

Post a Comment