Hi everyone, cherish every moment and don't forget to follow my blog, i will follow back ^^

Saturday, 11 November 2017

REVIEW : Skin Food (Black Sugar Mask Wash Off)

Dah lama rasanya tak jaga muka sejak dua menjak ni. 
So, tadi sis guna fav skin food yang selalu (2kali seminggu jaa bukan selalu k) sis guna iaitu 'Black Sugar Mask Wash Off'.
 *tiap hari Selasa dan Sabtu sis free...


*****

Black Sugar Mask Wash Off  (100g)
( Made in Korea )



Ingredients :
1. sucrose
2. peg-7 glyceryl cocoate
3. glycerin
4. euphorbia cerifera (candelilla) wax
5. macadamia terbifolia seed oil
6. lanolin
7. caprylic/caprictriglyceride
8. cetylethylhexanoate
9. stearalkonium hectorite
10. butyrospermum parkii (shea) butter
11. limnanthes alba (meadowfoam) seed oil
12. caramel
13. sorbitan laurate
14. tocopheryl acetate
15. ethylhexylglycerin
16.water
17. fragrance




The colour look like 'gula melaka'

Cara penggunaannya ialah first cuci muka, keringkan muka ( tapi sis tak keringkan sangat, just lap muka and biar ada basah2 sikit) and use it. Biarkan selama 15-20 minit, after that cuci muka hingga mask tersebut dah tiada. Hasilnya, muka akan halus, lebih tegang and kotoran2 lain kat muka bersih. I really2 like this type of mask because when i use it my face feel soft. 

I really recommend this because the quality is deserve 3/5 (for me laa) and it affordable only Rm24.5. U can get it at https://www.hermo.my/

Thankyouu and byee.
see u soon.





Tuesday, 7 November 2017

"Rindu"

Belum pun setahun kat negeri orang dah rindu nak balik kampung. 
Perasaan sedih tu hanya diri ini ja yang tahu. 

Sejak study kat negeri Perak ni dah 2 kali berturut-turut tak dapat balik kat Sabah untuk sama-sama dengan mami, dadi, jj, emon, ester, eva, venn celebrate Christmas. Huuhu.. How i miss them. Tapi takpelah inilah namanya pengorbanan. Bersabar dan doakan yang baik-baik untuk family kat kampung dah mencukupi dah. 

Keep strong and do your best myself, fighting !!

****

Untuk mami sama dadi kat kampung yang bersusah payah untuk pastikan anak-anaknya dapat apa yang diingini. Thankyouu for always be with me. I'm so sorry because i can't give both of u something u like. I promise to myself, i will do my best here and graduate on time and get a job and i will surely give mami and dadi everything. I'm so blessed to have both of you. My word can't describe how imfortant u in mylife. 

Buat abang and adik-adik, bila berkumpul bersama mesti selalu gaduh. Tapi bak kata pepatah 'air yang dicincang takkan putus' begitu juga kita adik beradik semua. Aiyaa, saya rindu sama kamu ohh.. Kakakmu ini marah-marah bukan tak sayang, ada maksudnya tu.. cia.cia.cia.. Hahaha..
 Harap kamu fahamlah aah adik-adikku. Sebab kamulah kawan yang paling saya sayang and rapat of  coss..

"U all are my everything"

Hug and kisses.

****

Quote ;

'' Bagikan masa untuk call mak dan ayah "

" Throw ur fear, it's nothing "

"Trust yourself"


****

Goodnight. byee






Friday, 3 November 2017

'Berusaha ke arah kebaikan kerana pada akhirnya kita akan kembali jua kepada-Nya'

Hello semuanya. 
Syukur atas kuasa-Nya sis masih diberikan nafas untuk menjalani kehidupan di dunia ini. 

Sejak akhir-akhir ni selalu sis dengar khabar yang kurang baik. Baru-baru ini sis dapat tahu saudara sis telah meninggal dunia. Sis memang tak kenal apalagi bertemu dengan arwah semasa hayatnya. Tapi rasa sedih itu tetap terasa. Dahlah sis jauh merantau kat negeri orang, tak dapat sis datang melawat keluarga arwah tersebut. Sedihnyaa. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN...

Tahun lalu pula, aunty sis meninggal. Sis tak sangka tau.. Sebabnya tiada tanda-tanda arwah akan terlebih dahulu meninggalkan dunia ni.. Iya jujur sis katakan sis sangat terkejut dan hanya doa mampu sis berikan untuk arwah semoga tenteram disana.


Cr : Google


Sis terbayang jika diri sis pula yang mati. Apalah yang akan jadi dengan sis nanti. *Minta dijauhkan tapi kalau dah takdir tak boleh juga nak tolakkan..  Hmm, cukupkah persediaan sis untuk menghadapi dunia yang satu lagi? Pertanyaan ini sering singgah di minda sis. Kenapa? Sebabnya sis belum bersedia menghadapi kematian. Takut dan pelbagai lagi perasaan yang tak dapat sis ungkapkan. Lagipula, persediaan sis belum lengkap lagi. Sis berharap semoga kita semua dapat menjalani kehidupan menurut ajaran agama masing-masing. Yang sudah semestinya menuntut kita mengamalkan kebaikan sahaja. Semoga dengan amalan kita itu dapatlah kita merasai syurga yang didambakan itu.



Cr : Google


Cr : Google

Akhir kata dari sis latih diri kita untuk sering melihat kebaikan yang dilakukan oleh kengkawan terutama keluarga kita. Contohilah perbuatan yang bermanfaat dan tegurlah mereka yang tersasar dari jalan.

This is peringatan untuk diri sis yang sering mengabaikan dan jarang mengambil peduli kehidupan sekitar sis supaya tidak melupakan mereka yang memerlukan saat dalam kesusahan dan segera membantu dengan ikhlas hati.

Byee and see u soon. 
Thankyou for reading....



Monday, 30 October 2017

Review Liptint Maybelline NY

Hello semuanya.. 

Lama pula rasanya sis tak menulis kat sini. Tak sedar dua bulan lagi dah nak masuk tahun 2018. Cepat sangat masa berlalu hingga tak sedar yang diri ini dah cukup dewasa untuk memikirkan masa depan yang mendatang. 

Tetapi diri ini merasakan betapa ruginya masa yang terbuang dengan sia-sianya. Risau pula dengan diri ini yang sering alpa akan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Apalah nak jadi dengan diri sis ni. Dorongan dalaman itu makin berkurang dan sifat malas pula makin menjadi-jadi. 

Sis sibuk dengan assignment yang masih berlambak. Tak tahulah bila nak siap, dahlah minggu-minggu ni masa untuk hantar tugasan. Doakan sis semoga segalanya berjalan dengan lancar. Aminn. 

Ohyaa, hari ini sis nak buat review Liptint Maybelline NY. Korang boleh beli liptint ini kat Watson. Sis suka sekali dengan liptint ini sebabnya ia lembab dan warnanya juga cantik sesuai untuk sis. Tak macam liptint yang sis guna sebelum ni, liptint Maybelline NY ini boleh dikatakan tahan lama kat bibir sis. Ada macam-macam colour yang boleh dipilih mengikut minat masing-masing. Sekarang sis guna colour 07. Next time sis nak cuba colour lain pula. Bukan tak suka colour 07, tapi nak buat kelainan sikit. 

Harganya pun berpatutan. Sis lupa harga sebenar maybe dalam lingkungan RM 12- RM 19. Tak pasti pula.. Tapi berbaloi laa. Sis rate dalam 4.5/5.

Baiklah nampaknya ini saja untuk entri kali ini. Sis akan berusaha untuk sentiasa update blog ini.
Tapi untuk tiap hari mungkin tak boleh lagi. Sebab sis lagi tekanan dengan tugasan assignment. Thankyouu for reading~~ 
Baii see u when i see u..

*Do follow my blog and comment, nanti sis akan foloback. kekeke



Liptint Maybelline NY






Friday, 8 September 2017

8share tipu ke idok?

Apa itu 8share?
Mungkin ada yang tertanya-tanya untuk mengetahui tentangnya.
Dan mungkin ada yang telah lama tahu tentang 8share ni dan salah satu cara untuk korang yang tahu itu ialah jana duit..
Betul idok??

Sis pun baru je tahu tentang 8share ni and for me it's a simple platfrom untuk jana pendapatan online. Walaupun tak seberapa but atleast adalahlah kan. Daripada asyik online ke pagi sambung ke petang dan seterusnya malam tapi tak dapat apa-apa, so better cuba lah alternatif cari duit poket sikit melalui online ini.

As we now, people nowdays always pegang hp 24jam.. Beli barangan online, menjual pun online juga.. Everything laa dengan just a hp in ur hands. So why not use it untuk benefit diri kita dengan jana duit melalui 8share. Sis adalah dapat sikit-sikit tak banyak, tapi ok lah berbaloi juga. Nak tauu lebih lanjut 8share daftar la sekarang http://po.st/deONln 
Info ringkas 8share,

1. Tak perlu modal pun..
2. Daftar boleh guna fb,twitter,google emel..
3. U all just share iklan kat fb,twitter,blog,google+ or insta(it's not just a iklan, sis thinks that it's an article n worth reading..)
4.Semakin banyak anda share,semakin tinggi anda dapat komisennya..
5. If the link u gives banyak yang buka maka akan adalah masuk kt acc bank anda.
**(jika anda dapat kumpul rm10 baru boleh cashout ye pembaca sekalian, kalau belum sampai u need to sabar. Sabar itu separuh dari iman)

Saya dah anda bila lagi?
Jangan risau, jangan ragu.. Kalau tak berani try, we never knows kn.
Goodluck guys sekalian.. 
Hopefully entry kali ni berguna la yaa guys.

See you when i see you
Byee..

Daftar 8share kat sini http://po.st/deONln


*Kalau tak percaya abaikan jaa

Edited: 8share takde da

Dah berusaha tapi tetap tak dapat apa yang diimpikan?

Hello helo...
Apa khabar? Semoga semuanya sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki hendaknya.. Amin.

Well, kenapa kita sering gagal mendapat apa yang kita inginkan?
Kita dah sehabis daya dah berusaha hingga ke titisan peluh yang terakhir (betulkah ayat ni?? tak berapa sure la. kalau salah tolong betulkan..) untuk dapatkan apa yang kita ingini tapi still kita akan kecewa dengan keputusannya. 
Why this happen guys??

Untuk pengetahuan saya juga pernah kecewa sebab apa yang saya betul-betul ingini tak dapat diperolehi..

First saya rasa kecewa betul masa dapat tau result SPM. Rasa dah berusaha yang terbaik tapi still target tidak tercapai...
After that, saya nak sambung matrik pun tak dapat sebabnya lambat dapat maklumat (masa tu salah sendiri sebab tak rajin buka emel) Tawaran matrik yang saya dapat tu dah sebulan lebih baru tau.. Tu pun sebab nak check emel untuk panggilan Spa8 baru nampak emel tu. Frust sangat waktu dapat tau tawaran tu, maybe ada hikmahnya juga tak pergikan.. Lepas tu iv Spa8 tiga2 gagal.. Sedih tauu, parent dah berharap sangat dapat Spa8 tapi tak lulus2..
Hmm, takpa bukan rezeki nak jadi nurse kot. Haha..

Actually banyak lagi hal-hal dan perkara yang mengecewakan tapi tidaklah terus patah semangat atau bersedih berminggu-minggu.. Tiada gunanya pun. Lagipun bukan semua yang kita ingini akan kita perolehi.. Kalau memang tu rezeki kita dapatlah, kalau bukan maka ada rezeki yang lain menanti.

Okeyy, saya sertakan tips yang boleh diamalkan untuk dapat apa yang diingini..
 *tips ni kalau rasa berguna aplikasikanlah, kalau tak ambil sebagai panduan bersama.

Tipsnya;

1.) Pastikan apa yang kita mahu itu memang penting/berharga utk dilakukan. Maksudnya memberi kebaikan pada diri kita dan juga sekitar kita. Kalau tak baik fikir semula, kalau nak teruskan boleh tapi don't make it's ur priority.

2.) Bila dah yakin nak teruskan juga. Buat sehabis baik.. Jangan alang-alang. Ingatlah rugi itu masa kau baa kalau separuh jalan buat then berhenti. Baik takpayah buat awal-awal kn..

3.) Kalau jatuh bangkit semula. Jangan jatuh terus tidak bangun2. Lihatlah contoh individu yang telah berjaya, cuba tanya mereka kalau  kejayaan yang mereka perolehi hari ni tidak disertai kegagalan. Ada juga tu dorang gagal. Dan kuatkan semangat, cuba lagi kalau gagal. Jangan berhenti. Berhenti bila anda rasa hal itu memudaratkan diri anda..

4.) Rajin-rajinla baca kata-kata motivasi.. Ini untuk dorongan dalaman kamu supaya tu semangat bertambah.

5.) Lastly, serahkan semua yang kita ingini kepadaNya. Berdoalah selalu. Melalui doa kita dikuatkan, melalui doa juga kita memperolehi apa yang kita ingin. Yakinlah pada kuasaNya.. 'Mintalah maka kamu akan diberi, ketuklah maka pintu akan dibukakan..'

Cr to facebook

Panjang lebar entri kali ni. Semoga bermanfaat la yaa..
See you when i see you. Byee

**hari Isnin minggu depan start kuliah sudah.. mood cuti lg sekarang, belum sedia mw buat assgmnt. hmm student life bersabarlah saja

Saturday, 2 September 2017

Tangerine Brightening Mask (Buy 1 free 1 promasi hanya di Watson)

Hello guyss.. Lama dah tak tulis something kat blog.

Back to the point, tadi sis singgah masuk Watson.. And for information sekarang ada promosi tau untuk barangan terpilih kat Watson. Sis pun tak tahu sampai bila sales tersebut. Jadi peminat produk kecantikan/skincare cepat2 korang grab produk kesukaan korang tu sementara masih ada sales..

Sis masuk Watson sebab nak cari mask. Lama dah tak guna mask. Kulit sis pun makin hitam disebabkan cuaca yang sentiasa panas sekarang ni. So sis cari-cari kat Watson and nampak la Tangerine Brightening Mask, so sis pun ambil la sebab macam menarik dan yaa sebab bila beli 1 dapat 1 free. Hihi..

Sis ambil yang sudah kena pack. Dalam satu pack ada 5pcs + 5pcs(free)=10pcs dan harga semuanya Rm24 lebih. Sis tak ingat sen dy mybe 80sen or 90sen.. Lupa pla. (Mls nak check resit balik)

It's my first time using this type of mask. Yg dulu beli kat Watson juga tapi sis rasa panas je masa pakai mask tu.. So ganti lg mask lain. Kalau sis ngam dengan mask ini sis akan buat review lg tentang mask ni..

Lastly, sis rasa happy sangat sis beli mask ni masa sales.. Berbaloi ok. Sebabnya 24÷10=2.40 1 pcs (sis kira genap 24 sjaa).. Selalunya 1pcs mask Rm4/5 kalau tiada promosi.. Masa sales jee dapat Rm2.40.. Cepatt cepat grab sementara masih sales.

Semoga berguna guys...

'Cantik luar cantik dalam'

Byee sampai jumpa lagi next entry...

P/s: line kat kg kadang ok kadang tak so sis jarang update blog.. Next week rajin balik so ada masa jenguk la k..


Malam ni sis try.. Hihi