Hi everyone, cherish every moment and don't forget to follow my blog, i will follow back ^^

Friday, 6 July 2018

Secawan kopi penenang jiwa ~

Hello hello.

Entri kali ini random je.. Tak tahu nak tulis pasal apa but i've so many ideas and i decide to write whatever i think.

First of all, i'm the type of person that cannot get up early in morning. Bila ada hal je baru dapat bangun awal kalau tak memang tak boleh nak bangun awal. Tak manis pula sebab dah tua bangka dah. My mom selalu marah-marah sebab tak bangun awal but i cannot change my pola tidur and bangun. 

Sebenarnya i ni lambat tidur jam 1pagi until 2pagi still awake not because i have work to do but i cannot sleep awal, so i think ini salah satu penyebab i tak dapat nak bangun awal. 

Btw, next week start balik dah bangun awal tak tahu la gimana nak bangun ni. Perlu pasang bom kat sebelah baru dapat bangun kali. (minggu depan start dah pergi sekolah untuk program perantis guru (PPG) tugasan semasa cuti ni.. malaslah nak bangun, kalau seminggu dua minggu bolehlah tapi kalau sebulan tak tahu la kejadiannya)

Kopilah penyebab mengapa i susah nak bangun (suka sangat minuman berkafein). Salahkan kopi dulu. Tapi i tetap suka kopi sebabnya one of my fav minuman and saya suka makan tu tahi kopi. Penenang jiwa kala duka, stress and untuk santai2. My fav kopi tenom

Last not least, pokok utamanya i malas bangun sebab kopi tapi still i love kopi. Bukan salah kopi sebenarnya tapi still tak nak salahkan diri sendiri so cari kesalahan kopi. Sorry kopi i love you.

Thats all for today.
See you when i see you and byee.


quote of the days #5

Helo hello. 

Kata-kata hari ini ialah,

Gagal bukan bererti kita jatuh selamanya. Cuba dan cuba lagi pasti hasilnya akan kelihatan. Tetapi jangan terlalu memaksa diri, belajar juga untuk pasrah, berhenti dan memulai yang baru/lain. Bila kita berhenti berusaha bukan bermakna kita mengalah tetapi kita belajar untuk memberi peluang diri kita kepada sesuatu yang baru/lain.

Bagi saya, kata-kata ini mengingatkan saya untuk tak mudah putus asa. Apabila gagal mendapatkan hasil yang terbaik untuk apa-apa yang diri ini ingini saya perlu cuba dan cuba lagi kerana sesuatu kejayaan dicapai dari usaha yang berterusan. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. 

Dan kata-kata ini juga mengajar saya untuk pasrah dalam sesuatu perkara yang tak mungkin tercapai oleh diri ini. Jika saya dah buat sehabis yang boleh tetapi masih juga gagal saya perlu belajar pasrah dan memulai yang baru. Bak kata pepatah english turn to new leaf (tak tahu adakah atau tiada pepatah ini)

Akhir kata dari saya semoga kata-kata ini dapat memberi manfaat ataupun teladan kepada sesama kita.

Bye..
Itu saja untuk hari ini.
Dan jumpa lagi di entri yang akan datang. 


Pendidik yang serba boleh?

Hello, helo..

I'm back again with my new entry. 

...

Bergelar seorang pelajar yang mengambil bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) ini sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai pertanyaan untuk diri ini, samada layak atau tidak diri ini bergelar pendidik ataupun "GURU" suatu hari nanti. 

Yaa, belajar di bidang ini belum tentu menjanjikan kerjaya sebagai seorang guru disebabkan dah open market dah, tetapi persoalan adakah layak atau tidak diri ini mendidik sering muncul dalam benak fikiran. Soal dapat atau tidak kerjaya sebagai seorang guru ini saya serahkan pada usaha, tawakal, doa yang berterusan. 

Balik pada persoalan iaitu pendidik yang serba boleh, diri ini merasakan belum 'serba boleh' lagi. Biarpun masih belajar but still rasa diri ni kekurangan sana sini. And ya i will try my best to be serba boleh teacher. I will improve myself from time to time while i'm still studying. I will learns new thing that can be useful when i become a teacher someday (doakan ya).

Adalah agak susah nak ertikan bagaimana pendidik yang serba boleh ini tetapi kita boleh lihat dari cara bagaimana ia mengawal situasi yang berlainan cthnya guru memberikan ilmu pengetahuan dalam masa yang sama dia juga boleh memberi nasihat kepada pelajarnya selain membentuk diri pelajar menjadi insan yang berguna kepada negara (just my 2sen opinion). Otherthan that dari segi kemahiran cikgu tu seperti skill komunikasi, teknologi terkini (penggunaan computer dsbgnya) dll.

But still every teacher have their own ways untuk menjalankan tugas mereka and one for sure tugas mereka yang utama adalah mendidik para pelajar. Hopefully suatu hari nanti bila masanya tiba diri ini menjalankan tugas sebagai seorang guru, i can be fully bersedia dengan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. 

And for sure every person is different so do a teacher. It's up to them to be a good, great or awesome in their job/commitment.

Thats all for today.
See you when i see you, bye.




Wednesday, 20 June 2018

Home Sweet Home ~

Hello helo..

Feeling so happy right now because i'm at home (semester break) and soon Program Perantis Guru 2 (PPG2).. I must've go to school untuk jalankan PPG2 ni. I feel nervous yet excited for this PPG2. Hopefully berjalan dengan lancar. Yakin saja dengan kemampuan kau dearself. Fighting!!

Oh yaa, bila balik kampung saja mesti banyak perubahan.. Biarpun baru beberapa bulan saja tak jumpa my lil sister dan bro but tak sangka pula sekejap dah besar panjang dah. Lebih dewasa dari sebelumnya dan lebih tinggi dan besar dari diri i. 

Anyway i'm so happy dapat balik kampung biarpun beberapa bulan je. Yang penting dapat berkumpul dengan family.

Last but not least, masa janganlah cepat berlalu. Nak santai lama-lama kat kampung ^^
In advance Selamat Hari Raya~

Thats all. 

Mystery Giveaway by Flavnesz





Helo, hello..
Jemput memeriahkan giveaway contest by Flavnesz. I dah join dah. Btw, klik banner untuk syarat-syaratnya k.

Thankyou.

Tuesday, 19 June 2018

Minat atau matlamat?


Hello, helo..

Dah seminggu lebih dah tak update blog dan tetiba harini ada idea nak post something. And topic today is..



Antara minat dengan matlamat apa yang penting?

Itulah topik perbualan saya dengan adik lelaki saya yang akan menduduki SPM tahun ni.. I can see his effort to achieve the best result in SPM and i proud of him but we have different view about which one is important minat or matlamat?

So my lil brother said to me that minat is number one because jika kita tak minat, maka kita akan stress dengan apa yang kita buat. But for me, eventhough kita tak minat apa yang kita buat tapi kita ada matlamat means kita tahu arah kita ke mana kita akan berusaha untuk lakukan apa yang kita ingini biarpun apa yang kita buat itu bertentangan dengan minat kita yang sebenar-benarnya.

My lil brother also said that in his age or stage (candidate SPM) takpayah ingat sangat pasal matlamat  atau hala tuju selepas SPM, yang penting buat saja (study) dengan berbekalkan minat. But i think his opinion is a bit different from me because if he berhabis study untuk dapat result terbaik dalam SPM but he's don't have the actual aim why he's do it, i think he's already fail to plan his life. Yay, memang bila dapat street A's it is a achievement too but thats it because he's don't have matlamat. So it stuck there. 

Last but not least, minat and matlamat sama-sama penting. Dari kita saja bagaimana nak pastikan kedua-dua tersebut digunakan untuk kebaikan diri. 

Thats all.
Byee

Friday, 8 June 2018

Secebis kata #4 : Tidur

Hello, helo.

Pertama sekali, tidur adalah salah satu perkara yang wajib kita lakukan setiap hari. Kajian lepas mengatakan manusia memerlukan tidur 7-8 jam sehari untuk merehatkan seluruh anggota badan setelah seharian penat bekerja, belajar dan sebagainya lagi. Sudah menjadi rutin setiap malam kita akan tidur.

Tetapi jika kita terlebih tidur dari waktu yang diperuntukkan adakah ia menjejaskan kesihatan atau sebaliknya memberi kebaikan kepada kita? Setiap kita memang akan tidur secara berlebihan jika kesihatan kita tidak baik seperti sakit kepala dll. Hal ini boleh diterima lagi tetapi kalau setiap hari lambat bangun sebab malas ini boleh membawa penyakit kepada diri, contohnya pening kepala, sakit tulang belakang (terlalu lama berbaring).

Selain dari aspek kesihatan, tidur berlebihan juga merugikan kita as a student, kakitangan kerajaan dan pekerja swasta. Kita membuang masa kita dengan tidur, sedangkan banyak lagi tugas perlu dilakukan.

Bukannya nak kata tidur berlebihan sehingga 10 jam ke atas tak boleh tapi sekadar nak mengingatkan yang kalau dah tiap hari tidur lebih dari waktu sepatutnya, ubah-ubahlah perangai. Masa cepat berlalu. Kita takkan sedar usia atau umur kita juga semakin bertambah.

Akhir kata, belajar untuk awal tidur, awal bangun. Tak pun tidur 7-8 jam sehari. Ya, ada sesetengah yang perlu bermalam untuk menyiapkan kerja (macam saya juga, waktu nak siapkan assignment). It's okay, kerja is kerja but rehatkan otak dan badan seketika juga (ambil masa 10-15mins untuk tidur sebelum teruskan kerja).

*Otak tidak dapat berfungsi dengan baik jika badan kita tidak mendapat rehat yang secukupnya. So jagalah kesihatan sebaik-baiknya.
*Actually pola tidur saya terganggu

Thats all.
Baii